CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 24 November 2012

Jangan Berhenti Berdoa!!

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog,maklumlah buzy sangat..hehehe...btw...kawan-kawan,dunia kini difokuskan kepada kekejaman rejim zionis(Israel) terhadap umat islam di Gaza. So,apakah tanggungjawab kita sebagai umat islam?!! adakah sanggup kite melihat rakan-rakan serte sahabat-sahabat kita terus dianiaya sesuka hati mereka?!!bayangkan jika ibu bapa kita yang berada di tempat itu!! malah, ada juga yang mempersoalkan kedudukan kita seperti :

1) "Aku bukan tentera!"
2) "Aku bukannye sape-sape!"
3) "Aku ni tak mampu buat ape-ape,tengok jela dari jauh!"
4) "Aku bukan pemimpin!"

adakah anda termasuk dalam golongan ini?? jika betul,bukakanlah mata hati kita, itu adalah saudara islam KITA!! andai kita berada di tempat mereka,ape yang kita rasa??bayangkan!!

Ya,memang kita tidak mampu untuk berperang untuk membantu mereka,tapi kita sebagai umat islam ada satu senjata yang teramat dahsyat,lebih hebat dari peluru torpedo,lebih kuat dari jet pejuang,dan lebih tajam dari sebilah pedang,iaitu DOA. 

Selepas solat,janganlah kita bergegas sehingga tidak sempat untuk berdoa, orang yang tidak berdoa adalah termasuk dalam orang-orang yang rugi. So,ambillah masa beberape minit untuk berdoa untuk kita,ahli keluarga kita,guru-guru kita,rakan-rakan serta seluruh kaum muslimin dan muslimat di atas muka bumi ini. Tidak rugi andai berdoa, bahkan andalah orang yang paling beruntung. Doakanlah kepada Allah SWT agar melaknati rejim zionis,tumbangkan mereka,dan hancurkan penguasaan mereka...berilah kebebasan kepada penduduk di Gaza,kuatkan semangat jihad mereka,dan semoga kita mendapat rahmat dan berkat dari-Nya...Amiinnnnn

So,itu sahaja untuk post kali ini...ringankan tangan,mulut serta hati kita untuk mengingati Allah SWT...sekian







No comments:

Post a Comment